Malay


BAHASA MELAYU@SST

Aturcara untuk Dwimingguan Bahasa Ibunda (Bahasa Melayu)

Selamat sejahtera para pelajar arif budiman,

Semua pelajar dikehendaki mengikuti semua program yang disediakan.  Sila berbincang dengan guru Bahasa Melayu kamu jika kamu mempunyai tuntutan CCA yang tidak boleh dielakkan.



1.  Sertai & Menang: Kuiz Dalam Talian Bahasa Melayu

-  Guru Bahasa Melayu kamu akan meluangkan sedikit masa untuk memberitahu maklumat    
    lanjut tentang kuiz ini.
-  Setiap pelajar digalakkan untuk menyertai kuiz ini.
-  Tarikh penyertaan daripada 7 April hingga 11 April.






2.  Permainan Taboo
-  Para pelajar akan menjalani sesi ini di dalam kelas.
-  Pemenang dari setiap kelas akan bertanding dalam sesi selepas sekolah.
-  Maklumat lanjut akan dikongsi oleh guru Bahasa Melayu.


3.  Pesta Budaya
-  Semua pelajar dikehendaki melaporkan diri pada pukul 2 petang di Atrium.
-  Setiap pelajar dikehendaki di dalam kumpulan masing-masing.
-  Sila pastikan kamu mengenali siapa ketua kumpulan kamu.




4.  Tayangan Filem 'Laskar Pelangi'
-  Semua pelajar dikehendaki melaporkan diri pada pukul 2 petang di Kelas Bahasa Melayu Blk B, #04-01.
-  Sila beritahu guru Bahasa Melayu tentang kehadiran kamu untuk sesi ini.





4.  Lawatan
A.  Perpustakaan Jurong East
-  Semua pelajar dikehendaki melaporkan diri pada pukul 2.30 - 2.45 petang di perpustakaan, di luar 
    kafeteria.
-  Objektif  :
(i)  meningkatkan kesedaran pada bidang kesusasteraan tempatan
(ii) meningkatkan kemahiran berbahasa terutama dalam pencetusan idea




B.  Pusat Bahasa Melayu
-  Semua pelajar dikehendaki melaporkan diri pada pukul 12 tengah hari di stesen MRT Bishan.
-  Sila rujuk pada risalah yang diberikan.



Semoga kita meraih pengetahuan dan pengalaman baru, bersama-sama.


Salam sayang,
Cikgu Azizah & Cikgu Arfah.


No comments:

Post a Comment